Amukan haiwan liar di T’ganu makin menjadi-jadi.

Insiden harimau liar spesis Malaya yang berkeliaran di sekitar Kampung Besul Lama, Dungun sehingga mengemparkan negara rupanya bukan yang terakhir.

Fenomena pelik itu berterusan, malah sudah menjadi semakin serius.

Jika sebelum ini tidak kecederaan dilaporkan, keadaan kini sebaliknya. beberapa siri kemalangan telah pun terjadi sehingga membahayakan nyawa orang awam.

Ini terbukti apabila seorang lelaki cedera parah selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor rusa liar berhampiran Kerteh pada Sabtu lalu.

Petikan laporan kosmo

Susulan kejadian itu, Muhammad Shahrul Putra M. Saidi, 20, mengalami patah tulang peha kiri dan tulang selangka kanan.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha 135 LC ditunggangi mangsa gagal mengelak seekor rusa betina seberat lebih 50 kilogram yang tiba-tiba melintas jalan.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak di tengah jalan raya manakala rusa itu pula mati akibat kecederaan serius,” kata Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd. Haki Hasbullah.

Selepas rusa, seekor gajah liar pula mati dilanggar treler membawa muatan bijih besi dari arah Gua Musang menghala ke Pelabuhan Kemaman.

Dalam kejadian di Jalan Kuala Berang-Aring pada malam tadi itu, gajah betina dianggarkan berusia tujuh tahun dengan berat hampir tiga tan mati selepas terperosok di bahagian tayar belakang bawah kepala treler tersebut.

Pemandu treler yang berusia 32 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan. treler jenis Volvo itu pecah pada lampu hadapan sebelah kiri manakala bahagian bumper hadapan remuk.

Tinjauan mendapati, rata-rata warganet mahu pihak berwajib mencari langkah bagi mengelakkan kejaian seperti itu berulang.

“Si drive cari rezeki memandu tengah malam …nasib kurang baik terlanggar khazanah negara kita gajah yg dilindungi

“Semoga pihak berwajib lebih membuat pantauan tentang kehadiran binatang yg tak sepatutnya di kawasan jalan raya,” kata Saffiyah Sofy

Sementara itu, Hafiz Halim mengaitkan fenomena itu dengan sikap manusia yang gemar memusnahkan habitat hidupan liar berkenaan.

“Makin hari makin banyak haiwan liar bekeliaran dekat jalan . Tempat kena kacau,” tulisnya.