SELEPAS tersungkur pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, UMNO dilapor mahu mengunakan pendekatan yang pernah diguna pakai PAS bagi memperkasa semula parti itu,
Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mahu parti tersebut mencontohi cara PAS menerapkan sikap walak dikalangan ahlinya terutama yang masih muda.
“Ada kaedah yang pernah digunakan oleh PASuntuk digunakan oleh UMNO.
“Kita belajar daripada PAS apa yang mereka buat untuk mendekati anak ini,” katanya semasa berucap di Perasmian Mesyuarat UMNO di Ipoh pada Ahad.
Tambah Zahid, ahli-ahli PAS dilihat sangat taat terhadap pemimpin mereka.
“Kenapa ahli-ahli PAS begitu walak, Sebab mereka menanam ‘kedaulatan’ ketika anak-anak itu berada dalam perut ibu-ibu kita,” tambah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi.
Sementara itu Zahid meluahkan rasa kagum terhadap kesabaran ditunjukkan PAS sebagai pihak pembangkang.
“PAS menunjukkan ketahanan yang tinggi kerana sentiasa sabar menjadi pembangkang.” jelasnya.
Kebelakangan ini, kerjasama diantara UMNO dan PAS semakin mengukuh. Pemimpin kedua-dua parti sering dilhat senada menentang Pakatan Harapan (HARAPAN)