PELUMBA pasukan Red Bull, Max Verstappen mengungguli perlumbaan Grand Prix Jerman minggu lalu.

Dalam perlumbaan Formula 1 yang penuh drama itu, beliau dilihat bijak memanfaatkan nasib malang pesaing-pesaingnya.
“Ia menakjubkan, tetapi cukup sukar di luar sana.
” Untuk keputusan yang tepat anda perlu sentiasa fokus. Kami menukar kepada tayar slick dan berpusing 360 darjah. Mujur tiada apa-apa.” kata Verstappen yang nyata gembira dengan kemenangan itu.
Sementara itu, nasib tidak menyebelahi pasukan pilihan Mercedes AMG Petronas yang meraikan perlumbaan Formula Satu ke-200 dalam era moden dan pembabitan 125 tahun dalam sukan pemotoran,
Dua pelumbanya – juara lima kali Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas terbabas.
Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 selepas melakukan enam hentian pit dan gagal mengutip mata buat pertama kali dalam 23 perlumbaan.
Pada perlumbaan ini, pemandu Ferrari Sebastian Vettel berada di tempat kedua, manakala Daniil Kvyar dari Toro Rosso di tempat ketiga .


