JUARA program realiti Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid Baharuddin mengesahkan dia sudah bercerai dengan isterinya, Sarah Julifa Yusof baru-baru ini.
Menurut Zahid, 38, walaupun berat untuk membuat keputusan itu, namun mereka telah mempertimbangkannya sejak setahun lalu.
“Kami berpisah secara baik dan tidak timbul isu orang ketiga atau sebagainya,” jelasnya menerusi rancangan Melodi yang bersiaran pada tengah hari Ahad.
Tambah penyanyi itu, beliau merasa sedikit terkilan kerana penceraiaan itu berlaku beberapa hari sebelum sambutan ulang tahun kelahiran Sarah.
Namun jeasnya beliau tetap memberi ucapan kepada bekas isterinya itu.
“Sarah seorang ibu yang baik untuk anak kami,” tambahnya.
Sebagai rekod, Zahid mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada tahun 2013. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Zareef Nufael yang kini berusia lima tahun.