Aneh, ular mati digigit lelaki mabuk

Seekor ular menemui nasib malang apabila mati digigit lelaki mabuk.

Dalam kejadian yang berlaku dekat Uttar Pradesh di utara India itu, reptilia dalam jenis ular tikus berkenaan didakwa menjadi mangsa balas dendam.

Sebelumnya, ular berkenaan dilapor memasuki sebuah premis dan mematuk Raj Kumar yang sedang berehat sambil meminum arak.

“Ular mematuknya. Jadi, sebagai balasan, dia menggigit dan mengunyah ular itu

“Anak saya mabuk,” kata bapanya, Babu Ram dipetik laporan Agensi

Bagaimanapun, pakar mengketegorikan reptilia yang mengigit Kumar sebagai bukan jenis berbisa.

Susulan kejadian tersebut keluarga Kumar membawa beliau ke hospital, mereka membawa bersama ular yang digigit itu bersama-sama untuk ditunjukkan kepada doktor.

“Kes ini memang pelik. Saya tidak pernah melihat seseorang yang menggigit ular dan membawa ia bersama-sama di dalam beg,” kata Dr NP Singh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s