Seorang ahli politik tempatan disahkan ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki menyeludup dadah.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dipetik berkata, pihaknya ada ada menerima laporan berkenaan kes tersebut.
Tambah Abdul Hamid Bador,i berasal dari Tawau, Sabah itu ditahan Kepolisian Negara Republik Indonesia (Polri) setelah dikaitkan dengan aktiviti penyeludupan dadah jenis syabu seberat 6 kilogram ke negara itu baru-baru ini.
“Polis ada menerima laporan berkaitan penahanan itu dan sedang bekerjasama dengan Polri,” katanya pada sidang akhbar di Maktab PDRM di Kuala Lumpur.
Abdul Hamid berkata, penahanan ini sejajar dengan kenyataannya sebelum ini yang mana masalah dadah di negara ini berada pada tahap kritikal.