
Lapan penduduk pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur cedera selepas lif dinaiki mereka terhempas dari tingkat lima bangunan itu.
Sumber awal memberitahu, Kejadian tersebut berlaku sejurus penduduk selesai mengerjakan solat Jumaat. ia didakwa berpunca kabel lif yang putus.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.36 petang, pada Jumaat.
“Seramai 18 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi, bomba mendapati sebuah lif terhempas dari tingkat lima ke tingkat bawah bangunan dan terdapat lapan mangsa yang terperangkap di dalam lif berkenaan,”kata kenyataan itu.
Difahamkan ada sembilan individu berada di dalam lif berkenaan ketika kejadian termasuk seorang wanita.
Menurut seorang saksi, ini adalah insiden kedua berlaku di PPR berkenaan. Kejadian pertama berlaku tahun lalu yang menyebabkan seorang cedera
Sementara itu, semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut. Manakala punca kejadian sedang dalam siasatan.



One thought on “8 cedera, Lif terhempas ‘lagi’ di PPR Kerinchi”
Comments are closed.