Buka pintu, gadis terjun dari pesawat

Seorang pelajar wanita Universiti Cambridge bertindak diluar jangkaan apabila bertindak terjun dari sebuah pesawat ringan.

Memetik laporan The Guardian, Alana Cutland, 19 dikatakan membuka pintu pesawat ringan ketika berada di ruang udara Madagascar sebelum melompat dari ketinggian lebih 1,130 meter pada 15 Julai lalu.

Sebelumnya Alana dipercayai bergelut selepas cuba dihalang dengan satu-satunya penumpang pesawat berkenaan, Ruth Johnson selama beberapa minit.

Beliau yang jatuh dikawasan dipenuhi binatang buas dipercayai telah meninggal dunia.

Ketua polis tempatan operasi mencari dijalankan pihak berkuasa bersama penduduk tempatan di rantau Analalava, namun peluang menemui mayatnya tipis disebabkan kawasan berkenaan sukar diakses serta terletak jauh di pedalaman.

Alana dikatakan baru pulang dari sebuah kawasan terpencil selepas mengkaji spesis ketam jarang dijumpai.

Penyiasat berkata, gadis tersebut sebelumnya mengalami lima serangan paranoia ketika menjalankan kajian yang dibiayainya sendiri itu.