Jho Low minta bohong – Saksi

Ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low didakwa telah meminta seorang bekas pengurus bank berbohong untuk melancarkan urusan melibatkan tiga keping draf bank bernilai RM139.

Perkara itu didedahkan Joanna Yu Ging Ping, 48, dalam perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak yang menghadapi tujuh pertuduhan menyalahgunakan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Memetik laporan Malaysiakini, saksi pendakwaan ke-54 itu berkata, dia diminta Jho Low untuk mereka-reka cerita mengenai tujuan draf tersebut dikeluarkan.

Harvinderjit: Dia minta kamu mereka-reka cerita?

Yu: Ya.

Difahamkan, draf itu dikeluarkan untuk satu pembayaran kepada Putra Perdana Construction Sdn Bhd bagi pihak Gandingan Mentari Sdn Bhd yang bukan anak syarikat SRC pada waktu itu.

Dalam prosiding pada Khamis itu, Joanna turut mendakwa Jho Low mendesaknya menggunakan Google Mail (e-mail peribadi) bagi satu urusan pergerakan wang antara akaun melibatkan bekas perdana menteri itu.

Jelasnya arahan itu dibuat melalui perbualan BlackBerry Messenger (BBM) antara beliau, Jho Low dan bekas ketua pegawai eksekutif SRC International Sdn Bhd dan pemegang mandat akaun Najib, Nik Faisal Ariff Kamil.

SCR internationaladalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Jun tahun lalu, Najib Razak pada Jun lalu menjelaskan alasan memberikan peranan penting kepada Jho Low dalam 1MDB adalah kerana dia mempunyai hubungan strategik dengan kepimpinan Raja Arab Saudi juga istana beberapa negara terutamanya di UAE.

– RF8