Sekolah kene pecah, vape dilapor hilang

Bukan sahaja rumah selalu diceroboh bahkan sekolah juga tidak lepas dari jadi sasaran perompak.

Itulah yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Country Homes, Rawang malam Rabu lalu. Beberapa barangan rampasan pelajar termasuk vape dan telefon pintar antara yang dilapor hilang dalam kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, kejadian disedari guru kanan sekolah itu pada 6.55 pagi selepas dia melihat bilik pengetua, bilik guru penolong kanan dan bilik fail sekolah dalam keadaan berselerakan

Katanya selepas pemeriksaan lanjut, dia mendapati 27 telefon pintar pelbagai jenama dan satu vape yang semuanya barangan rampasan pelajar hilang.

“Selain itu, wang tunai sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) RM2,537 turut hilang ” katanya dipetik

Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.