Proton Saga 2019 tampil lebih ranggi

PROTON telah melancarkan versi terkini ikonik dan terlarisnya, Proton Saga 2019 dengan penampilan serba garang pada Isnin.

Versi baharu ini bukan sahaja lebih sedap dipandang, malah didatangkan dengan beberapa ciri terbahru.

Pelancaran Proton Saga serba baharu | Sumber-Proton

Dari segi luarannya, kemasan pada model ini telah dipertingkatkan.

Sekali pandang varian premium yang dilengkapi bumper hadapan lebih agresif dengan lampu nyalaan siang serta rim bersaiz 15-inci mengingatkan kita kepada jenama kenderaan lebih mewah – Mercedes.

Menerusi kemaskini terbahru ini juga, Proton turut membawakan ciri-ciri seakan sama dengan model Proton terbaru yang lain. Grill ‘Inifinite Weave’ seperti dilengkapi pada model X70 antara yang menaikkan lagi seri pada model Saga 2019 ini. Malah lampu hadapan dan belakang tampak lebih kemas.

Rekaan belakangnya dihiasi spilet belakang dengan paparan nama PROTON di bahagian penutup but.

Bagi bahagian dalam, model terbahru ini nampak lebih kemas berbanding versi terdahulu. Ia turut didatangkan dengan skrin sesentuh 7-inci serta sehingga tiga slot pengecasan USB yang memudahkan pengguna mengecas telefon pintar mereka.

Versi ini juga hadir dengan sistem sambungan Bluetooth serta bantuan pemanduan Eco.

Versi terbaharu model ikonik dan terlaris Proton itu disuntik dengan ciri-ciri seperti gaya baharu, kotak gear automatik empat kelajuan dan ciri pintar pertama dalam kelasnya yang tidak hanya membeza Saga dengan pesaing, tetapi turut meningkatkan nilainya.

Dari segi mekanikal, versi terbahru ini masih lagi mengekalkan enjin VVT 1.3 liter dengan kuasa 95PS dan 120Nm, namun ia telah menggunakan kotak gear automatik empat kelajuan dan ciri pintar Hyundai PowerTech. Difahamkan transmisi ini bukan sahaja terbukti lebih baik dari transmisi CVT yang digunakan sebelum ini.

Selain itu, Jurutera Proton turut meningkatkan prestasi brek, tahap kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH) serta keseimbangan pemanduan dan pengendalian selain menambah ciri-ciri lain keselamatan antaranya ECS, TCS, HHA, reverse camera serta sensor parkir hadapan.

Proton Saga 2019 diumumkan pada harga serendah RM32,800 bagi model standard manual, RM35,800 untuk model standard automatik manakala model premium hadir dengan harga RM39,800. Lima yang ditawarkan buat Saga 2019 adalah Snow White, Armour Silver, Jet Gray, Rosewood Maroon serta Ruby Red.

Sama seperti model X70 dan Iriz 2019, Persona dan Exora, Ia turut ditawarkan dalam pakej nilai tambahan dengan pakej servis merangkumi kos pekerja percuma sebanyak tiga kali atau selama setahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s