Kereta remuk dirempuh kenderaan perisai

SEORANG pemandu wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya dilanggar sebuah kereta perisai tentera.

Dalam kejadian di Jalan Lingkaran Tengah, Seremban Sabtu lalu kenderaan jenis Proton Wira dipandu wanita tersebut remuk. Ia sempat dirakamkan Abu Firzan Fadzil .

Proton wira remuk dirempuh | Pic -Hmetro

Difahamkan, kereta perisai tersebut sedang dalam perjalanan dari Kem Batu 10, Kuantan, Pahang, menuju ke Port Dickson bagi menghadiri Perbarisan Kor Armor Diraja bersama lima buah lagi kereta perisai tentera yang diiringi sebuah jip tentera.

Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika wanita berusia 22 tahun itu bersama tiga orang penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Sikamat menuju ke Nilai.

“Apabila tiba di tempat kejadian, sebuah kereta perisai jenis Gempita AV8 milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari lorong kiri telah terlanggar bahagian belakang kereta wanita itu menyebabkan kereta berpusing dan terbabas ke kanan bahu jalan,” katanya dalam kenyataan, Selasa.

Sementara itu, seorang pemandu kenderaan perisai yang pesanannya dimajukan di Facebook memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak memandu terlalu hampir dengan kenderaan berat itu.

“Kami sebagai pemandu kereta perisai ingin memesan sekiranya kami dlm konvoi jgn potong kami. Jgn menghampiri kami. Kenderaan kami pandu banyak blind spot,” kata individu tidak dinamakan itu.

Sementara itu, kes itu kini disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s