SPRM tahan enam anggota polis

Enam anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dilapor telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua mereka kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendatang tanpa izin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Azman Ab Rahman dipetik laporan Bernama mengesahkan penahanan anggota polis terbabit.

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lalu bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya seperti laporan media.

Azman bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran berkenaan kes berkenaan.