Hino Poncho bas mini popular Jepun

DIGELAR sebagai Hino Poncho di Jepun, ia menjadi pengangkutan tempatan yang paling popular di negara Matahari Terbit itu ketika ini.

RAKYAT di negara ini mungkin bakal dapat melihat bas mini popular negara matahari terbit yang dikenali sebagai Hino Poncho berada atas jalan raya negara kita.

Walaupun saiznya lebih kecil (panjang 7 meter sahaja) berbanding bas-bas konvensional, kenderaan ini sebenarnya sesuai digunakan dijalan sibuk dan sempit terutama di kawasan bandar.

Dan yang lebih menarik sebenarnya adalah ciri lantai bas yang rendah, ini sekaligus menjadikan bas ini lebih sesuai digunakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

Menyedari kelebihannya, peniaga sah Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM) yang mengambil bahagian dalam Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) telah memperkenalkan model bas mini ini kepada umum pada Pameran dan Konvensyen Antarabangsa, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Mereka berhasrat menjadikan Malaysia sebagai destinasi pertama penggunaan bas mini Hino Poncho di rantau ini.

Selain itu, ia dilihat mampu menjadi solusi inovatif kepada sektor pengangkutan awam negara.

Dengan pelbagai masalah berkaitan perkidmatan bas henti-henti di negara ini, idea menggunakan kenderaan comell ini wajar dipertimbangkan.

Situasi dimana perkhidmatan terutama di pinggir bandar dan kawasan pendalaman yang kurang memuaskan serta tidak mesra pelanggan harus diatasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s