Jangan heret Tun M jadi munafik – Jingga 13

TINDAKAN beberapa pemimpin politik termasuk dari Pakatan Harapan (HARAPAN) menyokong cadangan PAS dan UMNO supaya Tun Dr Mahathir kekal Perdana Menteri hingga tamat penggal dikritik.

NGO Jingga 13 dalam satu kenyataan berkata, gesaan tidak jujur itu dilihat hanya bertujuan mengheret Dr Mahathir menjadi munafik.

“Mutakhir ini terdapat suara-suara sumbang yang minta Tun Mahathir terus kekal berkuasa sehingga sepenggal.

“Tindakan ini benar-benar menunjukkan kejelekan politik apabila mencadangkan agar Dr Mahathir menjadi munafik dengan melanggar konsensus Pakatan Harapan yang telah dimeterai secara bersama,’ tegas Ketua Koordinator Jingga 13 Fariz Musa.

Konvensyen HARAPAN yang diadakan pada Januari tahun lalu bersetuju dengan resolusi bahawa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula menjadi Timbalannya.

HARAPAN juga bersetuju melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 bagi menggantikan Dr Mahathir.

Terdahulu, ketika pergeseran dalaman KEADILAN memuncak, pihak lawan dilihat mengambil kesempatan mengeruhkan suasana.

Mereka yang menentang cadangan mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pertama HARAPAN sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu membuat pusingan U dengan mencadangkan Dr Mahathir kekal Perdana Menteri.

“Saya sudah setuju apabila saya berundur, beliau (Anwar) akan ambil alih jawatan Perdana Menteri. Itu janji yang dibuat dan saya akan berpegang dengan janji itu,” katanya Pengerusi HARAPAN itu dalam satu wawancara dengan media Turki, TRT World akhir bulan lalu.

Bagaimanapun, Dr Mahathir membuat beberapa kenyataan bertegas berhubung janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Jingga 13 dalam kenyataan serupa menyuarakan keyakinan bahawa Dr Mahathir tidak akan terpedaya dengan taktik pihak lawan.

“Jingga 13 yakin Tun Mahathir merupakan seorang negarawan, orang Islam dan bangsa Melayu yang beradab mulia serta yang mempunyai integriti dan kredibiliti.

‘Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada janjinya.” tambah Fariz.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s